dulu orang gila chain mail, antar sampah dari email ke email untuk dijilat bersama. cuma tak boleh jilat guna lidah la, tapi menggunakan mata

sekarang ni ada teknik baru, evolusi kekejian chain/junk mail. dulu orang sebar sampah melalui email tapi sekarang ni orang mintak sampah melalui blog. ada orang main tagging, untuk suka suka. tapi ada juga tagging untuk benda lain.

aku tag ko.. ko tag orang lain.. orang lain tag orang orang lain. orang orang orang orang lain tag aku balik.

padahal tagger asal nak naikkan trafik ke blog dia. backlink percumalah katakan. barang percuma sape tanak. murah dan mudah gitu

kepada yang suka main tag tu, gua harap anda semua insaf. berapa kali nak cerita anda suka makan nasik? suka mandi dengan air? suka tidur atas katil?

itu semua………….sampah

katakan taknak

Leave a Reply