sejak harga barang naik ni, orang malaysia semua dah tak termampu beli surat khabar kot

sebab itulah banyak blog blog keji lagi hina sekarang ni menawarkan khidmat mengulas surat khabar secara percuma. kalau ulas besertakan pendapat ataupun pandangan tak apa la jugak, ini tiru dan tampal (copy and paste) saja mana boleh.

aku masih ingat lagi tatkala membaca blog cikgu farizal tentang “ilmu kunci kedaulatan melayu“. penat lelah aku melayari internet guna gprs saja dari hutan belukar ni semata mata nak tengok apa pandangan cikgu tentang isu ilmu kunci kedaulatan nih. tapi malang, aku di layan dengan pelbagai iklan sampah dan tiada pun ulasan atau pandangan daripada cikgu tentang perkara tersebut.

aku pun ada komen tanya tentang apa padangan beliau tentang isu ni kan? tapi komen tu dia delete la pulak. aku tak pastilah samaada beliau terasa dirinya terkeji terhina dan dimalukan setelah aku tanya benda ni.  dah ada comment tersebut, mungkin telah dianggap-spam oleh wordpress

kalau beliau sebagai guru, mengarahkan anak-anak muridnya mencari pasal matematik, katakan tentang kamiran (contohnya). lepastu anak murid beliau tiru dan tampal saja dari wikipedia. apa elok tak perbuatan murid tersebut?

benda ni sama la bila cikgu pun buat begitu. tiru dan tampal. konon-kononnya buat ulasan surat khabar la tu???

aku pun tanak taip panjang panjang la, dah nak maghrib ni.. artikel artikel beliau yang lain ok. menarik akal aku untuk belajar matematik. tapi perbuatan tiru dan tampal dari surat khabar tanpa sebarang ulasan ni aku kurang berkenan

aku sedang mencari blog cikgu yang macam cikgu lee tapi versi melayu. yang ikhlas menyebar ilmu bukan tekad mencari duit cap adsense.

sekian

5 Responses to “tukang ulas surat khabar online”

  1. Baik cari buat blog cari duit dari buat blog cari dosa:)

  2. Terjah said

    “mencuri itu berdosa” copy artikel orang itu adalah mencuri.Fikir-fikirkan lah :D

  3. al balinghi said

    Copy artikel tidak semestinya mencuri. Mencuri menyebabkan orang yang dicuri kerugian.

    Mencopy artikel tidak menyebabkan pemilik artikel kerugian malah ia mendapat keuntungan dari backlink yang diberikan. Sebab itu banyak wujud laman direktori artikel untuk memudahkan pemilik blog ‘mencuri’artikel dengan syarat meletakan back link ke sumber asal.

    Tak semua orang yang sempat membaca surat khabar. Dan tak semua orang melanggan RSS FEED surat khabar online.

    Jadi salahkan jika orang membantu menyebarkan ilmu? Fikir-fikirkanlah.

    p.s. Harap dalami bukan sahaja belajar mengenai blogging sebelum memiliki blog :)

  4. terjah said

    mengambil sesuatu tanpa kebenaran itu “mencuri”
    dan aku yakin, utusan malaysia/berita harian/the star/metro dan lain lain tidak perlukan trackback

    menyebar ilmu itu tidak salah, kalau tak ramai baca surat khabar dan semestinya tak ramai baca blog. kalau nak sebarkan ilmu, nyatakan pendapat/pandangan/ulasan sekali janganlah sebarkan secara “kering” saja. apa yang kita dapat kalau sebar artikel dengan niat “nak dapat keyword” untuk “lariskan adsense” berselindung disebalik “niat menyebarkan ilmu” tepuk dahi tanya hati, ikhlas ke tidak?

  5. albalinghi said

    Yer ker tak perlu. Google yang lagi power pun tak pernah menafikan track back sesuatu keperluan.Mujur ko bukan webmaster untuk diorang. Kalau tak tentu bankrap diaorang.

    Macam mana awak nilai sesorang itu iklas ke tidak? Hanya satu dua tempelan surat khabar dari pada 100 artikel dah dikira blog yang tidak ikhlas.

    Blog tu guna domain dan hosting bebayar. Tentulah kena cari duit sikit untuk tampung kos blog tu.

    Bukan macam ko. Dah ler pakai yang free. Buat tambah dosa plak.

Leave a Reply