aku tahu, ada segelintir blogger di malaysia ni sanggup update di tempat kerja walaupun internet ditempat kerja itu sebenarnya untuk kegunaan “KERJA PEJABAT” bukan kerja “MENCARI WANG SAMPINGAN” di internet. hal ini aku boleh buktikan, bagaimana? senang!

hanya pekerja kerajaan yang online di premis kerajaan sahaja akan online menggunakan ip yang disediakan oleh pihak GITN (independent ISP for government of Malaysia) salah sorang daripada mereka, ada di sini. beliau dia comment semua macam bagus saja dia tu, aku blog ni untuk menegur dan teguran aku sememangnya keras. apakah di salah seorang daripada mangsa teguran ganas aku sebelum sebelum ini?? rasanya tidak, ini mesti rakan rakan mereka.

untuk pengetahuan semua, GITN turut menyediakan perkhidmatan schoolnet, iaitu perkhidmatan jalur lebar untuk sekolah sekolah di malaysia. murid murid tak dapat nak guna internet di makmal kerana ada jadual mereka tersendiri yang sangat terhad. tetapi guru pula sibuk mengupdate blog mereka?? apakah semua ini

kerajaan sediakan perkhidmatan jalur lebar untuk kemudahan rakyat menggunakan perkhidmatan awam seperti pejabat pos, pejabat tanah dan macam macam lagi. tapi bila kaki tangan kerajaan salah guna perkhidmatan ini bukahkah ianya merugikan negara dan rakyat?

demi adsense yang tidak seberapa sanggupkah anda blogger menyalahgunakan perkhidmatan yang disediakan??

apa kata anda albalinghi ??

ramai pemimpin masa kini yang cenderung membuat blog, kebanyakkan daripada mereka adalah insan yang kecundang semasa pilihanraya ke 12 tempoh hari. mereka membina blog bagi meraih kembali sokongan terhadap mereka dengan memaparkan tulisan tulisan berunsurkan merungut dan mengutuk pihak lawan.

ada segelintir penyokong tetap mereka akan memberikan sokongan berupa komen di blog para pemimpin yang gagal ini, dengan harapan akan menerima feedback/respon daripada mereka. namun hakikatnya sama jugalah dengan dunia realiti, pemimpin berkata kata, rakyat mendengar. rakyat berkata kata, pemimpin berkata lagi kata kata lain

kalau dulu di television dan radio, tapi sekarang di blog pula

blog macam surat khabar

June 18, 2008

apakah perbezaan dan persamaan diantara blog ni dengan website ni serta website ni

hampir sama kan?? cuma yang satu lagi blog dan dua lagi ialah surat khabar. tapi tiga tiga penuh dengan iklan dan menu yang menjengkelkan!! kalau blog tak apa, ini blog? macam surat khabar!??

feed that feeding feeds

June 18, 2008

your know what really annoy me when reading feed collecting site like digg, pps (project petaling street) and blogtitude?? they are like fucking big giant photocopy machine that feeding you feeds from blog that act like feeding site. get what i mean?? dont get it?? go look for youself at digg, people tend to digg themself about what they write (taken from digg originally) so they read digg, they blog about it, then they ask someone else to dig them or they just dick opss digg themself!

got what i mean now? orait i’m not finish yet

i got this great idea for you if you want to make you dick digging site to be greatest dick digger ever, why dont you create multiple digg-like-site and feed among themselves.  i’m sure that gonna be huge

anyone want to try this? AH, dont worry it already happened

dulu aku ingat lagi ada orang bagi tahu, malaysia dah buat youtube sendiri.

website tersebut, www.manggatv.com waktu itu, aku tengok sangat canggih dan agak teruja dengan website tersebut. mana tak terujanya, barang buatan malaysia ni, bukan calang calang orang boleh buat website macam setaraf youtube macam ni. tapi akhir akhir ini, aku tengok banyak pulak website sama-jenis timbul. lepak.tv la, skodengz.com la.. dan macam macam lagilah! baru aku sedar, semua ni bukan produk tempatan tapi sekadar script yang diinstall menggunakan cms dari clip-share.com =\

seterusnya, ada lagi website yang menumpukan lebih kepada “orang tempatan” tetapi idea asalnya daripada luar website negara. yang peliknya website local, tiru idea orang luar dengan alasan “tak apa, ini versi malaysia” tapi target nak bagi satu dunia join. apahei?

sejak harga barang naik ni, orang malaysia semua dah tak termampu beli surat khabar kot

sebab itulah banyak blog blog keji lagi hina sekarang ni menawarkan khidmat mengulas surat khabar secara percuma. kalau ulas besertakan pendapat ataupun pandangan tak apa la jugak, ini tiru dan tampal (copy and paste) saja mana boleh.

aku masih ingat lagi tatkala membaca blog cikgu farizal tentang “ilmu kunci kedaulatan melayu“. penat lelah aku melayari internet guna gprs saja dari hutan belukar ni semata mata nak tengok apa pandangan cikgu tentang isu ilmu kunci kedaulatan nih. tapi malang, aku di layan dengan pelbagai iklan sampah dan tiada pun ulasan atau pandangan daripada cikgu tentang perkara tersebut.

aku pun ada komen tanya tentang apa padangan beliau tentang isu ni kan? tapi komen tu dia delete la pulak. aku tak pastilah samaada beliau terasa dirinya terkeji terhina dan dimalukan setelah aku tanya benda ni.  dah ada comment tersebut, mungkin telah dianggap-spam oleh wordpress

kalau beliau sebagai guru, mengarahkan anak-anak muridnya mencari pasal matematik, katakan tentang kamiran (contohnya). lepastu anak murid beliau tiru dan tampal saja dari wikipedia. apa elok tak perbuatan murid tersebut?

benda ni sama la bila cikgu pun buat begitu. tiru dan tampal. konon-kononnya buat ulasan surat khabar la tu???

aku pun tanak taip panjang panjang la, dah nak maghrib ni.. artikel artikel beliau yang lain ok. menarik akal aku untuk belajar matematik. tapi perbuatan tiru dan tampal dari surat khabar tanpa sebarang ulasan ni aku kurang berkenan

aku sedang mencari blog cikgu yang macam cikgu lee tapi versi melayu. yang ikhlas menyebar ilmu bukan tekad mencari duit cap adsense.

sekian

dulu orang gila chain mail, antar sampah dari email ke email untuk dijilat bersama. cuma tak boleh jilat guna lidah la, tapi menggunakan mata

sekarang ni ada teknik baru, evolusi kekejian chain/junk mail. dulu orang sebar sampah melalui email tapi sekarang ni orang mintak sampah melalui blog. ada orang main tagging, untuk suka suka. tapi ada juga tagging untuk benda lain.

aku tag ko.. ko tag orang lain.. orang lain tag orang orang lain. orang orang orang orang lain tag aku balik.

padahal tagger asal nak naikkan trafik ke blog dia. backlink percumalah katakan. barang percuma sape tanak. murah dan mudah gitu

kepada yang suka main tag tu, gua harap anda semua insaf. berapa kali nak cerita anda suka makan nasik? suka mandi dengan air? suka tidur atas katil?

itu semua………….sampah

katakan taknak

ebook oh ebook

May 3, 2008

Ebook Oh Ebook

banyak ilmu dan cara cara yang dapat kita perolehi menerusi internet , namun ada juga segelintir pengguna internet iaitu anda yang tidak tahu menahu bagaimana mencari ilmu di internet , jadi mereka mencari jalan mudah dengan membeli ebook yang sudah di translate ke bahasa melayu.Majoriti pengguna internet yang membeli ebook adalah masyarat melayu sendiri.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa mereka sudah ditipu oleh peniaga ebook kerana ada sesetengah ebook diambil dari ebook english dan ditranslate ke bahasa melayu menerusi software penterjemah samada www.citcat.com atau sebagainya , oleh sebab itu ada sesetengah pengguna yang saya baca di komen blog peniaga ebook yang memberi komen tidak puas hati tentang ebook yang mereka beli kerana banyak ayat yang lintang pukang (Ayat Melayu Dalam Bahasa Keling).Ketika itu sudah tiada gunanya lagi , duit sudah dibayar ke peniaga tersebut.

Jadi tiada gunanya lagi ingin menyumpah seranah peniaga terbabit kerana mereka adalah cerdik dari segi membuat duit di internet dan sudah tentu mereka mendapat pulangan lumayan dari pembeli ebook yang malas ingin mencari ilmu di Google / Yahoo.Jadi peniaga mendapat duit dan anda selaku pembeli ebook mendapat sampah.Jadi fikir fikirkan lah bahawa semua yang anda mahu boleh Search di Google dan Yahoo.Buat rugi sahaja bayar bil streamyx jika anda masih lagi berdegil mahu membeli ebook.

aku pun nak buat blog lah
buatlah, ramai orang buat blog sekarang..nanti letak adsense..nanti letak nuffnang..nanti letak..nanti design kena.. nanti post mesti…nanti jangan.. nanti itu nanti bla bla.. (sila rujuk blog-blog di malaysia)

cakap banyak lah ko, tapi nak blog pasal apa ni?
apa apa la

cuba bagi sedikit cadangan boleh tak?
pasal keji puji caci maki sumpah seranah kutuk blog kat malaysia

eer… kenapa banyak pasal yang tak elok daripada yang elok?
sebab..memang diorang layak. itulah fenomena blog di malaysia

O begitu
…….

hello dunia

May 3, 2008

apa nak jadi dengan website kat internet zaman sekarang ni???

cikgu aku cakap, internet ni ibarat gedung maklumat dan ilmu tanpa batasan

tapi, banyak dalam bahasa inggeris, aku ni fahaman pandang bahasa sendiri. aku lagi selesa baca artikel dalam bahasa sendiri

aku heran, yang melayu tak ada ke??
ada… tapi PENUH DENGAN IKLAN
maklumat pun PENUH CARA CARI WANG

o, lain lain tak ada ke?
ADA…blog porn yang tidak lucah

habis tu apa yang lucah?
IKLANNYA

O begitu
….