ebook oh ebook

May 3, 2008

Ebook Oh Ebook

banyak ilmu dan cara cara yang dapat kita perolehi menerusi internet , namun ada juga segelintir pengguna internet iaitu anda yang tidak tahu menahu bagaimana mencari ilmu di internet , jadi mereka mencari jalan mudah dengan membeli ebook yang sudah di translate ke bahasa melayu.Majoriti pengguna internet yang membeli ebook adalah masyarat melayu sendiri.

Mungkin mereka tidak tahu bahawa mereka sudah ditipu oleh peniaga ebook kerana ada sesetengah ebook diambil dari ebook english dan ditranslate ke bahasa melayu menerusi software penterjemah samada www.citcat.com atau sebagainya , oleh sebab itu ada sesetengah pengguna yang saya baca di komen blog peniaga ebook yang memberi komen tidak puas hati tentang ebook yang mereka beli kerana banyak ayat yang lintang pukang (Ayat Melayu Dalam Bahasa Keling).Ketika itu sudah tiada gunanya lagi , duit sudah dibayar ke peniaga tersebut.

Jadi tiada gunanya lagi ingin menyumpah seranah peniaga terbabit kerana mereka adalah cerdik dari segi membuat duit di internet dan sudah tentu mereka mendapat pulangan lumayan dari pembeli ebook yang malas ingin mencari ilmu di Google / Yahoo.Jadi peniaga mendapat duit dan anda selaku pembeli ebook mendapat sampah.Jadi fikir fikirkan lah bahawa semua yang anda mahu boleh Search di Google dan Yahoo.Buat rugi sahaja bayar bil streamyx jika anda masih lagi berdegil mahu membeli ebook.

aku pun nak buat blog lah
buatlah, ramai orang buat blog sekarang..nanti letak adsense..nanti letak nuffnang..nanti letak..nanti design kena.. nanti post mesti…nanti jangan.. nanti itu nanti bla bla.. (sila rujuk blog-blog di malaysia)

cakap banyak lah ko, tapi nak blog pasal apa ni?
apa apa la

cuba bagi sedikit cadangan boleh tak?
pasal keji puji caci maki sumpah seranah kutuk blog kat malaysia

eer… kenapa banyak pasal yang tak elok daripada yang elok?
sebab..memang diorang layak. itulah fenomena blog di malaysia

O begitu
…….

hello dunia

May 3, 2008

apa nak jadi dengan website kat internet zaman sekarang ni???

cikgu aku cakap, internet ni ibarat gedung maklumat dan ilmu tanpa batasan

tapi, banyak dalam bahasa inggeris, aku ni fahaman pandang bahasa sendiri. aku lagi selesa baca artikel dalam bahasa sendiri

aku heran, yang melayu tak ada ke??
ada… tapi PENUH DENGAN IKLAN
maklumat pun PENUH CARA CARI WANG

o, lain lain tak ada ke?
ADA…blog porn yang tidak lucah

habis tu apa yang lucah?
IKLANNYA

O begitu
….